Akauntan rugi RM65,520  ditipu sindiket skim pelaburan di Telegram

Akauntan rugi RM65,520  ditipu sindiket skim pelaburan di Telegram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang akauntan mendapatkan keuntungan lumayan musnah apabila wang simpanannya dan suaminya sebanyak RM65,520 lesap  ditipu sindiket skim pelaburan melalui aplikasi Telegram.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa iaitu seorang wanita berusia 32 tahun  dimasukkan ke dalam satu kumpulan Telegram pada 2 Februari lalu.

Katanya, wanita tersebut terpikat dengan cara pelaburan itu dijalankan iaitu peserta perlu membuat tugasan dan kemudian diberikan hadiah.

“Mangsa membuat beberapa transaksi berjumlah RM69,800 ke lima akaun bank berbeza. Sindiket itu kemudian membayar RM4,280 sebagai upah tugasan kepada mangsa dan dimaklumkan mangsa telah mendapat keuntungan sebanyak RM200,000.

“Bagaimanapun, sebelum mendapat keuntungan itu, mangsa perlu membuat bayaran lagi sebanyak RM87,480 menyebabkan mangsa berasa ditipu,” katanya hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN