Aina Abdul menangis, seminggu tidak keluar rumah

Aina Abdul menangis, seminggu tidak keluar rumah

aina abdul
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Aina Abdul, tidak dapat menahan air mata mengenang pengorbanan peminat yang membelanya daripada menjadi mangsa kecaman di media sosial. 

Jelas Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, impak kata-kata pedas segelintir warganet membuatkannya tidak keluar rumah selama seminggu dan cuba meredakan perasaanya sendirian.

Saya okay. Cuma seminggu ini saya tidak keluar rumah. Saya tidak tahu kenapa saya menangis. Mungkin kerana respons dan sokongan yang sangat luar biasa daripada peminat.

“Selama ini saya simpan semuanya sendiri. Hanya sekarang saya mula lepaskan dan rasai apa yang berlaku. Seminggu saya duduk di rumah dan telan semuanya sendiri.

“Saya tidak mahu tunjukkan sisi ini kepada semua, dan sayab pun tidak mahu pandangan kamera. Bagi saya, saya seolah-olah sedang berikan air mata ini kepada orang yang mendoakan kejatuhan saya,” katanya. 

Aina berkata demikian menerusi sebuah temu ramah bersama Astro Gempak seperti yang tular, semalam.

Tambah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-37 itu lagi, dirinya terus berasa sebak setiap kali mengenangkan peminat tampil membelanya ketika namanya menjadi bahan kecaman. 

“Saya tidak tahu mahu katakan bagaimana tapi sokongan peminat sampai ke hati saya. Walaupun saya tidak sempat lagi nak berjumpa mereka sejak minggu lepas, tapi saya sedang merancang sesuatu yang menyeronokkan untuk mereka.

“Terima kasih kerana pertahankan saya, saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan untuk layak menerima semua ini. Tapi anda semua bersuara untuk di saya di tahap yang saya sendiri pun tidak dapat bayangkan.

“Saya bersyukur kerana dapat sekumpulan peminat yang sangat menyokong saya dan membantu saya menjalani semua ini,” jelasnya. 

Mengambil keputusan untuk ‘bercuti’ daripada mengadakan konsert, Aina bagaimanapun menafikan keputusan itu diambil kerana merajuk dengan kecaman diterima. 

Sebagai artis yang tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat, penyanyi Puas Sudah itu perlu bijak memberi fokus untuk lagu baru yang bakal dihasilkan.

“Sebenarnya saya mahu berehat daripada konsert bukan kerana kecaman tapi memberi ruang kepada minda. Masa ini saya gunakan untuk menulis lagu yang saya mahu terbitkan. 

“Saya tidak boleh tamak nak kejar semua sebab uruskan semua sendiri. 

“Saya tidak bernaung dalam mana-mana label, saya kena buat semuanya sendiri dengan pasukan kecil saya. Saya korbankan bahagian kecil diri saya dan fokus untuk terbitkan lagu tahun ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN