30 keluarga terima bantuan persekolahan

30 keluarga terima bantuan persekolahan

MUHAMAD Saiful bersama keluarga yang menerima bantuan menerusi Program Bantuan Kasih Mawar: Kembali Ke Sekolah 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 30 keluarga menerima sumbangan kelengkapan peralatan sekolah sebagai persiapan untuk memulakan sesi persekolahan 2025.

Program Bantuan Kasih Mawar: Kembali Ke Sekolah 2025 anjuran Cawangan UMNO Bunga Raya itu bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang memerlukan.

Ketua Cawangan UMNO Bunga Mawar, Muhamad Saiful Sulaiman berkata, setiap keluarga tersebut mempunyai anak antara tiga hingga lima orang.

Katanya, menerusi program berkenaan, setiap keluarga menerima RM100 untuk membeli barangan kelengkapan persekolahan yang mereka perlukan.

“Setiap keluarga menerima baucar bernilai RM100 dan mereka boleh membeli barang keperluan anak maisng-masing di Pasaraya MU, Presint 15, Putrajaya,” katanya.

Menurut Saiful, biarpun sumbangan berkenaan nampak kecil, tetapi ia sangat bermakna buat ibu bapa yang sangat memerlukan.

“Insya-Allah kita akan menjadikan program ini sebagai acara tahunan bagi membantu golongan yang memerlukan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN