KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar, 35, menyifatkan pemilihan Sissy Imann dan Naz Rahman sebagai hos Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) adalah satu keputusan tepat dalam usaha memberi suntikan dan nafas baharu buat majlis berprestij yang akan berlangsung pada 16 Februari ini. Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd. Satar berkata, pemilihan itu wajar memandangkan dari kaca matanya, hos terutamanya Sissy, sangat berpotensi untuk menyerlah dalam bidang pengacaraan. …