PETALING JAYA: Universiti seharusnya kekal neutral dan menjadi ruang bebas bagi perbincangan akademik tanpa menyokong sebarang agenda politik pihak tertentu secara eksklusif atau dipengaruhi ideologi politik berat sebelah. Ketua Kluster Penyelidikan Undang-Undang dan Perniagaan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Dr. Fauzilah Salleh berkata, pendedahan kepada politik seharusnya berbentuk pendidikan, bukan atas dasar manipulasi atau pengaruh politik partisan. Katanya, pendedahan politik boleh dilaksanakan dalam bentuk perbincangan dalam kuliah merangkumi kurikulum…