JERANTUT: Tidak ramai tukang kraf di negara ini mampu menempa bentuk pedang Damascus yang digunakan pahlawan Islam, Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan pejuang sebelumnya, namun seorang pemuda dari Kampung Melayu, di sini dapat menghasilkannya atas kesungguhan sendiri. Pembuat kraf tangan, Irwan Syamsul, 37, berkata, pada mulanya dia menempa senjata jenis ‘Tekpi’ sebagai bahan kraf tangan berasaskan permintaan ramai pelanggan untuk hiasan dalam rumah. “Ketika berlaku wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan…