PETALING JAYA: TH Properties menjalinkan kerjasama dengan Affin Bank Berhad (Affin Bank) untuk memperkenalkan penyelesaian pembiayaan yang direka untuk merapatkan jurang pemilikan rumah bagi graduan baharu, pembeli golongan muda dan pelabur hartanah. Kerjasama strategik ini mencerminkan visi bersama kedua-dua organisasi untuk menangani cabaran kebolehmampuan perumahan sambil memberikan rakyat Malaysia laluan yang lebih mudah untuk memiliki rumah. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH Properties, Mohd. Ismadi Ishak berkata, pihaknya berusaha untuk menjadikan…