MACHANG: Kakak kepada remaja yang maut selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri di Kuala Terengganu, Terengganu, kelmarin terkilan kerana tidak sempat membeli telefon bimbit baharu menggantikan telefonnya yang rosak. Norain Damia Rusaini, 20, berkata, dia tidak sempat menunaikan hajat Muhd. Irham Tarmizi, 17, yang memintanya supaya membeli telefon baharu sebelum bertolak ke Kuala Terengganu bersama rakan-rakannya. Katanya, arwah adiknya masuk ke biliknya dan meminta bantuan membeli telefon baharu dengan…










