Tempoh reman pasangan kekasih disambung seminggu

Tempoh reman pasangan kekasih disambung seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pasangan kekasih yang ditangkap sebelum ini kerana dipercayai menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian kepada seorang bayi disambung reman tujuh hari lagi untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, perintah kebenaran sambung reman dikeluarkan Majistret Hairun Najmi Mashahadi bermula hari ini sehingga 4 Februari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 22 Januari lalu, media melaporkan sepasang kekasih masing-masing berusia 18 tahun dan 21 tahun ditangkap polis di dua lokasi berasingan di daerah ini selepas dipercayai menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian kepada bayi tersebut.

Maslan berkata, tangkapan dibuat berikutan pihak polis menerima panggilan kecemasan dari Hospital Port Dickson berkenaan maklumat seorang pesakit perempuan tempatan telah melahirkan anak tetapi bayi tersebut gagal dikesan.

Siasatan lanjut yang dijalankan oleh pihak polis telah menemukan bayi tersebut yang disembunyikan dalam beg di sebuah bilik di Taman Intan Perdana, Telok Kemang di sini.

Pemeriksaan lanjut telah dilakukan ke atas bayi perempuan yang sudah cukup sifat, namun telah disahkan mati dan terdapat kesan kecederaan pada bahagian dada disyaki kesan objek tajam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN