PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan maklum balas daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihatnya berkaitan pemberian projek bernilai RM4 juta. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, siasatan dalaman berhubung perkara itu sedang dilakukan DBKL. “Kita tunggu dan lihat apa hasil siasatan yang dijalankan. “(Jumaat) pegawai saya akan hubungi Unit Integriti DBKL. Jika wujud elemen jenayah iaitu salah guna kuasa dan rasuah kita akan jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya