Serangan nuklear: 75 peratus rakyat AS berisiko terkorban

Serangan nuklear: 75 peratus rakyat AS berisiko terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Serangan udara Israel terhadap kemudahan nuklear dan kilang peluru berpandu Iran pada Jumaat mencetuskan kebimbangan baharu mengenai Perang Dunia Ketiga mungkin semakin hampir.

Susulan ketegangan ini, satu peta lama yang menggambarkan kesan buruk serangan nuklear berskala besar terhadap Amerika Syarikat (AS) kembali tular dalam talian.

Peta tersebut menunjukkan hampir semua bandar utama di Pantai Timur, Midwest, Pantai Barat dan Selatan bakal menjadi sasaran yang berpotensi menyebabkan sehingga 250 juta rakyat AS terbunuh atau kira-kira 75 peratus daripada keseluruhan populasi negara itu.

Kawasan seperti California, sebahagian besar Pantai Timur dan Midwest diramalkan akan mengalami kesan keracunan radiasi yang teruk, memaksa mangsa yang terselamat untuk berlindung selama tiga minggu atau lebih.

Hanya beberapa kawasan seperti bahagian Barat Texas, Nevada, Michigan dan Wisconsin yang dijangka terselamat namun tetap akan terjejas teruk akibat fenomena ‘musim sejuk nuklear’ dan pencemaran alam sekitar yang menyeluruh.

Peta itu dihasilkan berdasarkan data daripada Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) yang menggunakan model julat letupan, corak penyebaran radiasi dan pendedahan penduduk untuk menganggarkan kesan kemusnahan.

Pengarah Dasar Kanan di Pusat Kawalan Senjata dan Non-Proliferasi, John Erath memberitahu Newsweek, kawasan berhampiran fasiliti ketenteraan, silo peluru berpandu antara benua (ICBM) di Midwest serta pangkalan kapal selam di kawasan pesisir akan menjadi antara lokasi pertama menerima kesan dahsyat serangan.

Peta itu asalnya diterbitkan pada 2015 oleh Halcyon Maps, sebuah projek pemetaan yang menghasilkan visualisasi terperinci pelbagai isu menunjukkan bagaimana kesan radiasi boleh merebak dengan cepat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN