SEPANG: Misteri kehilangan lima beranak berakhir yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu berakhir apabila mereka dikatakan pulang ke rumah di Shah Alam malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kesemua mangsa pulang dalam keadaan selamat sekitar pukul 11.50 malam tadi.
Beliau berkata, kepulangan mangsa dimaklumkan pengadu iaitu beberapa jam selepas pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Cyberjaya sini, semalam.
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang membantu sehingga mangsa ditemui semula,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, mangsa terdiri daripada pasangan suami isteri berusia 37 tahun serta tiga anak mereka berusia 5, 8 dan 10 tahun kali terakhir dilihat Jumaat lalu.
Kesemua mangsa dilihat menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WWT 8248.
Namun, semalam, pengadu yang juga ahli keluarga mangsa menerima satu rakaman video menyatakan mangsa sekeluarga berada di dalam keadaan selamat di satu lokasi perkemahan yang tidak dinyatakan. – UTUSAN