KOTA BHARU: Pemimpin Pas perlu berubah dengan mengamalkan semangat setiakawan tinggi dan membuang sifat munafik jika mahu kembali membentuk perpaduan ummah dengan UMNO. Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, parti itu sudah serik dengan sikap Pas yang mengamalkan ‘tikam belakang’ dengan menyertai Perikatan Nasional (PN) walaupun membentuk kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN). “Kami (UMNO) tidak pernah melupakan pengkhianatan itu, apatah lagi kesakitan ditikam oleh Presiden Pas…










