IPOH: Kemampuan daerah Larut, Matang dan Selama merekodkan lebih sejuta pelancong sepanjang tahun lalu membantu negeri ini mencapai sasaran kempen Tahun Melawat Perak 2024 (TMP 2024). Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Muzium Telegraf, Antong Coffee serta Trong Leisure Farm dalam daerah tersebut menjadi tarikan utama dan menyaksikan peningkatan pengunjung 30 peratus berbanding tahun sebelumnya. “Peningkatan ini membuktikan bahawa sektor pelancongan bukan sahaja memberi manfaat kepada kawasan bandar, tetapi…