Penyatuan ummah berlaku jika UMNO dan Pas lapang dada

Penyatuan ummah berlaku jika UMNO dan Pas lapang dada

MUSTAPHA YAAKUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Penyatuan ummah dua parti politik Melayu dan Islam antara UMNO dan Pas boleh dilaksanakan jika semua pihak berlapang dada untuk merintis usaha tersebut.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, beliau yakin UMNO menerima hasrat tersebut demi kebaikan Melayu dan semua bangsa meskipun parti itu pernah dipermainkan beberapa kali oleh pihak tertentu sehingga Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk sebelum ini menemukan kegagalan.

“Sebagai orang Melayu Islam, saya melihat ke hadapan untuk orang Melayu bersatu dan saya boleh bersetuju bahawa usaha perlu dilakukan untuk penyatuan ummah di negara kita.

“Walaupun ramai yang susah untuk menerima, tetapi dalam politik hari ini, tidak semestinya hari ini lawan sampai bila-bila akan jadi lawan. Boleh jadi esok lusa jadi kawan. Saya percaya rundingan semula penyatuan ummah ini boleh diteruskan dan saya yakin ini bukan hasrat saya seorang tetapi hasrat ramai orang melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin bahawa beliau yakin dalam tempoh terdekat perpaduan ummah membabitkan kerjasama parti-parti politik Melayu Islam akan hidup subur di negara ini.

Katanya, melihat kepada suasana politik semasa, kerjasama tersebut bakal mengukuhkan suara Melayu Islam di negara ini.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, semua pihak termasuk dirinya mahu penyatuan ummah demi kebaikan negara.

“Jangan kata sekarang saya tidak sokong sebab pada peringkat awal, UMNO ada veteran, Pas ada Sabiqun, kita bersama mendukung jumpa dengan Tan Sri Abdul Hadi Awang, jumpa dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kita bersungguh-sungguh nak penyatuan ini wujud. Tetapi ia terserah kepada kepimpinan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN