SEREMBAN: Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi didakwa atas pertuduhan membunuh seorang bayi perempuan di Telok Kemang, Port Dickson pada 21 Januari lalu. Kedua-dua tertuduh Nurul Ain Haslan, 19, dan Muhammad Emer Irfan Hasren, 21, mengaku faham sebaik pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli. Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya mencapai niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap seorang bayi perempuan. Perbuatan itu dilakukan…










