PETALING JAYA: Negara maju diminta menghulurkan tangan dan membabitkan diri dalam usaha menubuhkan serta melancarkan dana bagi pembangunan semula Gaza. Pengerusi Kaukus Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, negara maju perlu sertai usaha membangunkan semula Gaza, selain daripada penyertaan negara ASEAN dan kalangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Katanya, pembabitan negara maju penting kerana kos pembinaan semula Gaza yang hampir musnah akibat serangan kejam rejim Zionis sejak Oktober 2023 dianggarkan…










