PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan beliau tidak pernah masuk campur siasatan berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bagi Najib, bukanlah sesuatu yang salah baginya untuk mengetahui status sesuatu siasatan atau diberikan taklimat oleh Peguam Negara berhubung sesuatu kes. Beliau berkata demikian pada pemeriksaan semula oleh peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee pada perbicaraan kes itu di Istana Kehakiman di sini semalam. Muhammad…










