KUALA LUMPUR: Legenda rock tanah air, Datuk Amy Search berpandangan penyanyi tidak seharusnya terlalu mengejar lagu bersifat killer song.
kata penyanyi berusia 66 tahun itu, yang seharusnya ditumpukan adalah karya-karya yang serasi dan
“Killer song ini subjektif, kita tidak boleh jangka pun perkara ini. Jadi tak boleh juga kita terlalu mahu mencarinya.
”Penyanyi seharusnya cari lagu yang sesuai, yang boleh menonjolkan identiti mereka.
“Tidak mengapa kalau belum ada killer song, yang perlu ditumpukan adalah hala tuju seninya, genre apa yang di mahukan, dia mahu nyanyi lagu jazz, pop, rock atau apa sekali pun.
”Saya yakin penyanyi akan terbeban kalau asyik mencari killer song, sebab sekiranya mereka sudah miliki lagu yang ‘menangkap’, mereka akan tertekan untuk mencari lagu killer song seterusnya,” katanya.
Amy berkata demikian pada sidang media Amy Search Magic Konsert Solo Pertama semalam.
Konsert tersebut bakal dipentaskan di Axiata Arena pada 26 April depan.
Kata Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, penyanyi perlu rajin melakukan kajian dan memahami kehendak diri sebagai proses mencari identiti mereka.
”Saya nasihatkan penyanyi baharu agar bereksperimentasi dengan genre yang mereka suka. Rajinkan diri untuk mendengar pelbagai lagu, lakukan banyak bacaan.
“Fahamkan citarasa mereka, kumpul material dan pastikan lagu yang mereka hasilkan dan nyanyikan ada diri mereka di dalamnya.
“Jangan ikut cakap orang lain, ikut kehendak sendiri. Impian itu anda yang punya, bukan milik orang lain,” katanya.