Khabib dihalau dari penerbangan 

Khabib dihalau dari penerbangan 

Khabib yang diarah keluar dari penerbangan Frontier Airlines. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov dihalau dari penerbangan Frontier Airlines ekoran pertikaian mengenai tempat duduk di barisan keluar kecemasan.

Memetik laporan media antarabangsa, insiden berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas, Amerika Syarikat apabila pramugari mempersoalkan kesediaan Khabib membantu penumpang lain jika berlaku kecemasan di barisan keluar.

Dalam rakaman video yang tular, pramugari berkata dia tidak boleh membenarkan Khabib duduk di situ dan memberi pilihan untuk menukar tempat duduk atau meninggalkan pesawat.

Bagaimanapun dia menolak dan menyifatkan tindakan itu tidak adil kerana dia telah mematuhi semua prosedur dan menjelaskan bahawa dia fasih berbahasa Inggeris seperti diminta di kaunter daftar masuk.

Sementara itu, Khabib menjelaskan bahawa semasa proses daftar masuk, dia ditanya sama ada memahami bahasa Inggeris, dan dia mengesahkan kepada kakitangan syarikat penerbangan bahawa dia memang memahami bahasa itu.

Walaupun diberi pilihan tempat duduk lain atau menaiki penerbangan seterusnya, Khabib tidak berganjak. Akibatnya, beliau dan rombongannya diiring keluar dari pesawat.

Rakaman insiden ini menjadi tular di media sosial, dengan ramai pengguna X menuduh Frontier Airlines bertindak secara diskriminasi terhadap Khabib yang beragama Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN