KUALA LUMPUR: Usaha Malaysia meningkatkan tahap kemampanan industri sawit secara keseluruhan, terutama skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bagi menjamin pengeluaran minyak sawit mampan mendapat pengiktirafan Kesatuan Eropah (EU). Hal itu dimaklumkan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Alam Sekitar, Ketahanan Air dan Ekonomi Pekeliling Berdaya Saing EU, Jessika Roswall di Belgium. Roswall adalah individu yang bertanggungjawab ke…










