Bina segera jeti bagi keselamatan nelayan

Bina segera jeti bagi keselamatan nelayan

Jefrdin Atan (tengah) bersama penduduk Kampung Sungai Burung, Pekan Nanas dalam program penyampaian Bakul Kasih Johor di Pontian, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Agensi berkenaan perlu segera membina jeti baharu di Pengkalan Nelayan Peng­hulu, Serkat, di sini bagi menjamin keselamatan nelayan dan orang awam yang melaluinya setiap hari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kukup, Datuk Jefridin Atan berkata, ini memandangkan ada bahagian jeti tersebut yang telah runtuh dan bimbang akan berlaku di bahagian lain.

Katanya, peruntukan seba­nyak RM1 juta telah diluluskan oleh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Allahyarham Datuk Seri Sallahudin Ayub ketika melawat kawasan tersebut pada tahun 2018.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana terlalu lama projek ter­sebut tertangguh, kos pembinaanya meningkat kepada RM1.4 juta dan penyelia bagi projek tersebut ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Semasa perkara tersebut dibangkitkan pada mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JPTD ) Pontian , ia dalam peringkat akhir penyediaan reka bentuk jambatan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian Bakul Kasih Johor di Kampung Sungai Burung, Pekan Nanas, di sini semalam.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan komuniti nelayan di Pangkalan Penghulu, Serkat, mengakui kecewa apabila permohonan mereka mendapat sebuah jeti baharu belum tercapai walaupun sudah menanti sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Bendahari Pakatan Ne­layan Pangkalan Penghulu, Zaini Ali, jeti sedia ada telah rosak dan lebih 100 nelayan di pangkalan tersebut amat berharap jeti baharu dapat dibina tahun ini demi kemudahan dan keselamatan me­reka membawa hasil tangkapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×