JERANTUT: Sejak tahun 1800 lagi, perahu penambang atau sinonim dengan panggilan perahu tembeling ini setia berkhidmat sebagai pengangkutan air utama untuk mengangkut barangan dan penumpang. Seiring perubahan zaman, evolusi berlaku daripada segi rupa bentuknya, namun tidak seinci pun menjejaskan fungsinya sebagai nadi utama bagi masyarakat menyusur sungai Tembeling. Arus pemodenan di negara ini tidak menghalang manusia mengekalkan perkhidmatan pengangkutan bersifat tradisional iaitu berasaskan pengangkutan air. Sejak tahun 1800 lagi, perkhidmatan…