Vivy Yusof, suami hadapi satu pertuduhan pecah amanah

Vivy Yusof, suami hadapi satu pertuduhan pecah amanah

VIVY Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar akan didakwa satu pertuduhan esok di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur hari ini.

Pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan selepas mendapat izin untuk membuat pertuduhan di mahkamah.

“Mereka masing-masing akan dihadapkan ke mahkamah dengan satu pertuduhan membabitkan kes pecah amanah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam platform e-dagang itu,” katanya dalam kenyataan di Tiktok SPRM semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan pihaknya menahan pasangan berkenaan di pejabat SPRM, tengah hari kelmarin, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM untuk hadir ke mahkamah esok.

SPRM mengesahkan pihaknya turut menyiasat pelaburan oleh Khazanah dan PNB dalam FashionValet dan pada 1 November lalu, telah memulakan siasatan terhadap kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta oleh Khazanah dan PNB dalam platform fesyen e-dagang itu.

Kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB dirampas bagi membantu siasatan.

Pada 29 Oktober lalu, dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Kementerian Kewangan memaklumkan, Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet kepada syarikat bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN