Vivy, suami bebas dengan jaminan

Vivy, suami bebas dengan jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta, pada enam tahun lalu.

Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 37, dan Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa dengan niat bersama melakukan pemindahan dana pelaburan Khazanah dan PNB sebanyak RM8 juta dari akaun bank FashionValet kepada svarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah platform e-dagang berkenaan.

Kesalahan didakwa dilakukan di Public Bank Berhad cawangan Bukit Damansara, Bukit Damansara di sini, pada 21 Ogos 2018.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, membawa kepada hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan maksimum 20 tahun berserta sebat dan denda sekiranya sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM100,000 dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin warganegara serta pasport tertuduh perlu disimpan di mahkamah sehingga kes selesai.

Kedua-dua tertuduh perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM, Kuala Lumpur pada setiap bulan sehingga kes selesai dan tarikh 22 Januari hadapan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala pasangan itu diwakili peguam bela, Ashok Athimulan.

Kira-kira pukul 2.47 petang, pasangan suami isteri meninggalkan Kompleks Mahkamah di sini selepas masing-masing selesai membayar jamin RM100,000 setiap seorang. Mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

Namun pasangan itu bakal didakwa lagi dengan pertuduhan baharu membabitkan penyalahgunaan dana awam dalam masa terdekat, UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN