Polis minta bantuan kesan remaja hilang

Polis minta bantuan kesan remaja hilang

Anisha Beth
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEREMBAN: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang dari sebuah rumah di Perdana College Height dekat Pajam di sini, pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, remaja terbabit, Anisha Beth dilaporkan hilang pada pukul 8 malam 25 November lalu dan kali terakhir dilihat berada di alamat rumah terbabit.

“Berdasarkan maklumat, remaja terbabit memiliki ketinggian 160 sentimeter dan berat 90 kilogram selain berkulit sawo matang dan berambut hitam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan orang hilang diminta menghubungi terus pegawai penyiasat kes Inspektor Nor Syuhada Laftib di nombor 017-9437584 atau berhubung dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di nombor 06-7904389,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya