PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat mencari seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dikatakan tidak pulang ke rumah sejak kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhd. Nor berkata, kehilangan Dhiya Azzahra Muhamad Alhafifi disahkan melalui laporan pada 7 Disember lalu.
“Dia memakai seluar jeans labuh berwarna hitam, baju sejuk dan bertudung hitam serta berkasut sukan dikatakan kali terakhir dilihat di Blok 13, Jalan Dinar U3/F, Seksyen U3, Shah Alam, Selangor,” katanya.
Orang ramai mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Sarjan Mohd. Hizam Talib di talian 012-6550262.-UTUSAN