Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia dilulus Dewan Rakyat

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia dilulus Dewan Rakyat

PARLIMEN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024.

RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagian dengan 59 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 40 tidak menyokong, seorang tidak mengambil bahagian serta 122 tidak hadir.

RUU itu antara lain turut menggariskan cadangan peruntukan hukuman penjara tidak lebih tempoh lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.

Fasal 91(c) dalam RUU itu juga mencadangkan untuk memasukkan subseksyen baharu ke dalam Seksyen 233 akta itu, yang memperuntukkan hukuman berbeza dan lebih tinggi jika kesalahan dilakukan terhadap seorang kanak-kanak berumur bawah 18 tahun, yang mentafsirkan kesalahan yang dilakukan sebagai kesalahan boleh tangkap.

Subseksyen baharu itu juga turut memperuntukkan pesalah boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Fasal 91(a)(i) pula mencadangkan penggantian perkataan jelik dengan perkataan jelik melampau pada Seksyen 233 (1), manakala Fasal 91(a)(ii) bertujuan untuk memasukkan unsur kesalahan yang baharu dalam subseksyen sama berhubung dengan perlakuan apa-apa fraud dan kecurangan kepada mana-mana orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN