Pindaan Akta 588 disifatkan sebagai ‘Akta Gam Mulut Rakyat’- Syed Saddiq

Pindaan Akta 588 disifatkan sebagai ‘Akta Gam Mulut Rakyat’- Syed Saddiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan agar kerajaan menukar nama pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kepada ‘Akta Gam Mulut Rakyat’ atau ‘Akta Sakit Hati’ yang dilihat bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Beliau berkata, mereka yang dahulunya lantang mengkritik akta ini kini memperkukuhkannya dengan hukuman yang lebih berat, termasuk denda RM500,000 dan penjara dua tahun hanya kerana menyakiti hati pihak tertentu.

“Akta ini cuba berselindung di sebalik istilah yang kelihatan baik, tetapi hakikatnya tidak boleh disembunyikan. 

“Dulu mereka berguling di jalan raya, memanggil akta ini zalim dan regresif. Kini mereka menggunakan akta yang sama untuk menindas rakyat,” katanya di dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga mempersoalkan insiden baru-baru ini di mana laporan portal berita mengenai kes rasuah melibatkan rakaman audio dan video yang tersebar secara meluas dipadamkan atas arahan pihak berkuasa.

“Ini membuktikan bagaimana akta ini telah disalahgunakan sebelum pindaan lagi.

“Dulu, mereka di meja pembangkang mempertahankan laporan seperti ini. Kini, apabila arahan datang dari agensi di bawah kerajaan, mereka berdiam diri,” katanya.

Tambah Syed Saddiq, bahawa tindakan memadam akaun yang mengkriti kerajaan, termasuk pandangan bekas pemimpin seperti Tan Sri Rafidah Aziz, tidak boleh dianggap sebagai kebencian.

“Adakah kritikan tentang nilai mata wang ringgit dianggap ‘hate speech’ (ucapan kebencian)?,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN