KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dan PKR tidak pernah meninggalkan manifesto atau janji-janji reformasinya selepas selepas mentadbir kerajaan Persekutuan menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd. Halim berkata, parti itu menerima dengan baik pelbagai kritikan yang dilemparkan semua pihak berkenaan janji reformasi. Namun, kata beliau, pengkritik perlu memahami bahawa kerajaan terbentuk merupakan Kerajaan Perpaduan, di mana ia mempunyai pelbagai manifesto daripada semua parti…