Penguasaan literasi digital anak Orang Asli diperkasa

Penguasaan literasi digital anak Orang Asli diperkasa

SEBAHAGIAN anak Orang Asli yang diberi pendedahan mengenai ilmu digital melibatkan USIM dan IDEAS baru-baru ini,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penguasaan literasi digital dalam kalangan anak-anak Orang Asli kini diberi perhatian serius menerusi pelbagai inisiatif pendidikan dan sosial, dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).

Usaha tersebut bertujuan membekalkan kemahiran digital yang diperlukan bagi membantu mereka bersaing dalam dunia pekerjaan moden.

Dalam konteks ini, kekangan akses terhadap teknologi dan pendidikan berkualiti sering menjadi penghalang utama.

Tanpa literasi digital, anak-anak Orang Asli berdepan risiko ketinggalan dalam dunia pekerjaan yang semakin berorientasikan teknologi.

Situasi tersebut memerlukan usaha bersepadu bagi merapatkan jurang digital yang wujud antara masyarakat bandar dan luar bandar.

USIM dan IDEAS telah melancarkan beberapa program khas, termasuk bengkel latihan kemahiran digital.

Program ini bukan sahaja mengajar peserta tentang penggunaan teknologi, malah memberi tumpuan kepada pemasaran produk dan perkhidmatan secara dalam talian.

Pendekatan ini diyakini mampu mencetuskan peluang baharu dalam bidang keusahawanan digital serta memperkasa ekonomi komuniti Orang Asli.

Kemuncak usaha ini ialah penganjuran Karnival Bakat dan Kerjaya Anak Orang Asli 2024 yang diadakan baru-baru iin di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra.

Acara yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sekolah Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Azman Mahsuri itu, menyediakan platform bagi anak-anak Orang Asli mempamerkan bakat serta menyertai bengkel literasi digital.

Menurut kenyataan USIM, karnival ini turut menampilkan program Kelab NextGen I-Skilled X IDEAS yang memberi tumpuan kepada pembangunan kepimpinan digital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN