Pemuda tenang, hanya mengangguk didakwa bunuh ibu - Utusan Malaysia

Pemuda tenang, hanya mengangguk didakwa bunuh ibu

MOHAMMAD HARIEZ FARHAN Masrudin dibawa ke Mahkamah Majistret Kluang atas pertuduhan membunuh ibunya pada 4 Disember lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang lelaki hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan atas  dakwaan membunuh ibu kandungnya di Mahkamah Majistret, di sini hari ini. 

Mohammad Hariez Farhan Masrudin, 20, kelihatan tenang selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno, walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Anak ketiga daripada lima beradik itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun, namun tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurfara Fazilun Izylin Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela dan mahkamah menetapkan 4 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan kimia dan bedah siasat.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia yang juga penganggur didakwa membunuh Zarina Jaafar, 47 antara pukul 10.45 pagi hingga 12 tengah hari pada 4 Disember lalu di sebuah rumah di Felda Ayer Hitam, dekat sini dan ditahan di lokasi dan pada hari yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN