Pantau anak elak jadi mangsa pedofilia

Pantau anak elak jadi mangsa pedofilia

Polis nasihat ibu bapa agar memantau media sosial anak bagi mengelak mereka daripada menjadi mangsa pedofilia,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan ibu bapa supaya memantau aktiviti anak-anak di media sosial agar tidak menjadi mangsa pedofilia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, isu pedofilia perlu diambil serius kerana pelaku seksual sentiasa mencari peluang mencari mang­sa membabitkan kanak-kanak.

Katanya, pedofilia akan me­ngumpan dan ‘membela’ mang­sa yang menjadi sasarannya dengan memujuk serta memberi hadiah untuk meyakinkan mangsanya.

“Selain itu, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) juga sebelum ini ada mengesan aktiviti remaja di negara ini yang cuba menjual gambar seksi mereka melalui media sosial.

“Justeru, masyarakat dan ibu bapa perlu mengambil tahu ke­giatan anak-anak di media sosial selain memeriksa kandungan atau ‘rakan’ maya mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan polis kini memburu individu yang memiliki atau video atau gambar pornografi kanak-kanak dan dewasa.

Razarudin dilapor berkata, siasatan polis setakat ini mendapati ada antara gambar dan video dimuat naik di laman sesawang gelap bagi tujuan peri­badi.

“Ada antara suspek yang menyimpan gambar dan video terbabit untuk ‘keseronokan’ mereka selain berkongsi dengan orang terdekat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang ditahan sebelum ini terlibat dengan mana-mana sindiket atau secara individu,” katanya.

Selasa lalu, seramai 13 individu ditahan menerusi Op Pedo di enam negeri kerana memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan remaja.

Turut ditemukan, seba­nyak 40,000 video dan gambar pornografi kanak-kanak serta dewasa pada komputer dan te­lefon bimbit mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN