Musa Aman TYT Sabah baharu?

Musa Aman TYT Sabah baharu?

MUSA AMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bakal Yang Dipertua Negeri (TYT) Sabah ke-11 dijangka diketahui pada Selasa.

Biarpun nama bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman sekali lagi disebut-sebut bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri yang baharu namun, belum ada sebarang pengesahan atau kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah yang baharu dijangka berlangsung di Istana Negara pada Selasa (17 Disember).

Sehingga kini nama Yang Dipertua Negeri kekal dirahsiakan kerana ia diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Ketua Menteri.

Pada 27 Nov lalu, Hajiji memaklumkan kerajaan Sabah akan mengemukakan senarai nama calon Yang Dipertua Negeri yang baharu kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.

Katanya, beliau akan menghantar nama calon namun, terserah kepada Agong untuk menentukan siapa yang ingin dilantik.

Juhar,71, mula dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah pada 1 Jan 2011 dan beliau adalah TYT yang paling lama berkhidmat selama tiga penggal sebelum dilanjutkan selama tiga penggal pada 1 Jan 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya