Lelaki berkelakuan tidak senonoh depan rumah Dewi Persik ditangkap - Utusan Malaysia

Lelaki berkelakuan tidak senonoh depan rumah Dewi Persik ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang lelaki baru-baru ini ditangkap polis kerana berkelakuan tidak senonoh di hadapan kediaman penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Dewi Persik.

Dalam kejadian yang berlokasi di Jakarta Selatan itu, pelaku bertindak luar batas dengan menunjukkan kemaluannya sebelum ditangkap polis yang bertugas di rumah bintang tersebut.

“Lelaki berkenaan cuba menanggalkan seluarnya untuk menunjukkan kemaluan di hadapan rumah saya. Mujur dia ditangkap polis.

“Saya telah serahkan kes ini kepada Balai Polis Lebak Bulus dan difahamkan pelaku ditahan selama seminggu sebelum dibebaskan. Jadi kes ini sudah selesai,” katanya kepada portal Liputan6.

Dewi atau nama penuhnya, Dewi Murya Agung juga memaklumkan pelaku adalah antara penulis surat layang yang terlalu obses terhadap dirinya.

“Banyak surat layang yang dihantar ke rumah saya. Bukan perkara aneh kalau ada yang menyertakan gambar mereka dan meluahkan hasrat mereka mahu mengahwini saya.

“Yang aneh apabila pelaku mengaku saya isterinya dan berkelakukan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah saya. Tindakan itu tidak boleh diterima,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN