Lebih 5,000 anggota ATM diatur gerak ke kawasan banjir

Lebih 5,000 anggota ATM diatur gerak ke kawasan banjir

MOHAMMAD (tengah) ketika ditemui dalam program larian dan riadah Navy Run 24 yang berlangsung di Dataran DBKL hari ini. - UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 5,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diatur gerak bagi membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di kawasan Pantai Timur.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, arahan telah dikeluarkan kepada semua anggota untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan dan melaksanakan operasi sejak September lalu.

Katanya, sebarang penambahan anggota dan keperluan aset akan dibuat komander di setiap kawasan yang telah ditugaskan.

“Arahan untuk pelaksanaan bagi membantu mangsa banjir telah dikeluarkan pada September lepas. Jadi mereka sudah bersedia dan semua anggota telah di tempatkan di kawasan yang berlaku banjir.

“Sekiranya ada penambahan anggota dan aset, ia akan dibuat komander di kawasan operasi,” katanya ketika ditemui dalam program larian dan riadah Navy Run 24 yang diadakan di Dataran DBKL hari ini.

Dalam pada itu, Mohammad berkata, ATM bersedia untuk membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir sekiranya diperlukan.

Setakat ini, keadaan banjir di seluruh negara semakin kritikal dengan peningkatan hampir 50 peratus mangsa dipindahkan ke 692 pusat pemindahan sementara (PPS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN