KUALA LUMPUR: Lapan rang undang-undang diluluskan termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara sepanjang persidangan Dewan Rakyat minggu ini. RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 November lepas bagi setiap kementerian terlibat. Turut diluluskan minggu ini ialah RUU Kewangan 2024, RUU Langkah-Langkah Bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024, RUU Cukai…