Kenaikan tarif elektrik bebankan rakyat

Kenaikan tarif elektrik bebankan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kenaikan tarif baharu elektrik dicadang dilaksanakan pada Julai tahun depan merupakan satu bebanan baharu yang tidak wajar dikenakan kepada rakyat yang sedang bergelut dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Perak, Ahmad Munzirie Ahmad Kabir berkata, dalam keadaan rakyat masih terbeban dengan kadar kenaikan harga barang yang tinggi, kenaikan kos perumahan dan tekanan inflasi, kenaikan tarif elektrik pasti memberi impak besar kepada perbelanjaan isi rumah. 

Menurutnya, kenaikan itu bukan sahaja akan memberi kesan langsung kepada peningkatan bil elektrik, tetapi akan turut mendorong kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lain.

“TNB perlu lebih prihatin dan cakna dengan realiti kehidupan rakyat. Walaupun syarikat utiliti ini menyatakan keperluan untuk menampung kos operasi dan pembangunan infrastruktur, beban ini tidak seharusnya dipindahkan terus kepada pengguna yang sudah tertekan dengan kos sara hidup yang semakin mencabar.

“Kerajaan perlu mencari jalan alternatif lain untuk membiayai kos penjanaan dan pembangunan infrastruktur elektrik. Ini termasuk mengkaji semula kebergantungan kepada sumber gas dan sumber arang batu yang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kos. Peralihan kepada kos tenaga baharu yang lebih efektif perlu dipercepatkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sehubungan itu pihanya menggesa kerajaan menimbang semula kadar kenaikan tarif elektrik sehingga keadaan ekonomi rakyat lebih stabil dan mampan.

Katanya, mekanisme subsidi yang lebih efektif perlu dirangka untuk melindungi terutamanya kepada golongan B40 dan M40. 

“Kerajaan juga perlu mempercepatkan peralihan kepada sumber tenaga yang lebih efektif, selain mengkaji semula penstrukturan yang melibatkan kos-kos TNB yang lebih besar bagi mengelakkan bebanan yang akan ditanggung kepada rakyat amnya,” katanya.

Semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan jadual tarif baharu elektrik dengan tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai, 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya