SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Seremban di sini semalam membenarkan permohonan Kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk membatalkan saman pemula difailkan seorang anak untuk menggali kubur bapanya yang dikebumikan secara Islam pada tujuh tahun lalu. Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Haldar Abdul Aziz selepas membaca dan meneliti notis permohonan responden, afidavit serta hujahan bertulis yang difailkan. “Atas pertimbangan dan keberangkalian, mahkamah memutuskan untuk membenarkan notis permohonan difailkan responden ketiga, Kerajaan Negeri Sembilan dan responden keempat MAINS,” katanya. Pada 31 Julai 2023, Roseli Mahat, 51, memfailkan saman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya