KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) kerugian sebanyak RM9.4 juta selepas tanaman padi yang diusahakan dalam kawasan agensi itu ditenggelami banjir. Pengurus Besarnya, Mohd. Faizul Mustafa berkata, kerugian tersebut adalah anggaran awal yang terpaksa ditanggung 764 pesawah melibatkan keluasan 1,609.76 hektar sawah. “Kota Bharu Selatan mencatatkan anggaran kerugian paling tinggi iaitu RM3.16 juta apabila 541 hektar petak sawah yang diusahakan oleh 244 petani ditenggelami banjir. “Tumpat menduduki tangga kedua…










