Gempa bumi lemah di Tawau, Sabah

Gempa bumi lemah di Tawau, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan kejadian gempa bumi lemah berukuran 2.7 skala Richter di Tawau, Sabah, pagi tadi.

Gempa bumi di koordinat 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dikesan berlaku sekitar pukul 4.54 pagi.

Berdasarkan laporan MET Malaysia, kejadian gempa itu berlaku pada jarak 17 kilometer dari Tawau dan pada kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran dirasai sekitar Tawau, Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, MET Malaysia meminta rakyat Sabah khususnya yang menetap di Tawau untuk mengisi boring soal selidik sekiranya ada merasai gegaran akibat gempa bumi tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN