Gagal bayar hutang Mara, rumah Che Ta kena serbu

Gagal bayar hutang Mara, rumah Che Ta kena serbu

PIHAK Mara bertindak menyerbu rumah mewah seorang pelakon popular, dipercayai milik Rozita Che Wan di Kota Damansara selepas didakwa gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta ringgit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rumah pelakon dan pengacara terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta di­serbu pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) pagi semalam.

Serbuan itu dilakukan kerana pelakon berkenaan didakwa gagal melunaskan pinjaman Mara bernilai hampir RM1 juta ringgit.

Wakil peguam Mara yang enggan dikenali berkata, serbuan itu untuk menye­rahkan writ dan penilaian bara­ngan di kediaman tersebut.

Beliau berkata, pihaknya telah menyerahkan writ terbabit berikutan tiada maklum balas serta kerjasama daripada selebriti itu sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Mara, Datuk Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan mahkamah adalah yang terakhir akan diambil dalam memastikan Mara mendapatkan kembali wang yang dipinjamkan.

ASYRAF WAJDI DUSUKI

Katanya, ini yang jadi masalah bila sesetengah pihak tidak bertanggungjawab kepada amanah hutang dan komitmen mereka harus galas.

“Mereka perlu bayar balik tetapi mereka culas ikut jadual ditetapkan, tetapi apabila tindakan dikenakan, baru mereka ha­dir, itu pun kami masih bincang.

“Inilah wang yang akan digunakan semula untuk manfaat orang lain. Ini satu perkara yang perlu menjadi asas .

“Bagi peminjam yang culas dan tidak dapat bayar balik, kita tidak kira mereka siapa dan kita tidak ada pilih bulu bahkan saya terima banyak rayuan-rayuan, tetapi prinsip mudahnya adalah kita ikut pro­ses yang biasa menjadualkan balik kalau ada masalah, terus terang,” katanya.

Menurut Asyraf Wajdi, setiap pemin­jam perlu menjalani proses yang sama dalam membayar balik pinjaman, malah penjadualan semula untuk pembayaran perlu dibuat bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan.

“Mara tegas dan adil dalam memastikan setiap wang rakyat dipulangkan, apabila kontrak yang ditandatangani itu bersifat pinjaman. Ia berbeza dengan sedekah, kalau sedekah yang diberi mandat kepada Mara itu tidak apalah.

“Mara juga mengambil pendekatan supaya berunding sebagai permulaan kepada siapa sahaja yang bermasalah melangsaikan hutang mereka, prinsip ehsan sentiasa kita terapkan dan setiap komitmen untuk bayar balik pinjaman perniagaan, pembiayaan perlu mengikut jadual.

“Tetapi sekiranya ada sebarang masalah, kita akan minta mereka datang berunding supaya penja­dualan dan pentrukturan dapat dijalankan. Tidak ada kos tamba­han pun dikenakan,” katanya ketika ditemui media, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN