Dua beradik rugi RM1 juta bot nelayan rosak, hanyut - Utusan Malaysia

Dua beradik rugi RM1 juta bot nelayan rosak, hanyut

NELAYAN bergotong-royong mengalihkan bot nelayan yang dihanyutkan dalam kejadian fenomena ombak besar di Kampung Telaga Papan, Setiu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Dua beradik kerugian hampir RM1juta apabila empat buah bot nelayan kelas A dan sebuah bot kelas B milik mereka rosak selepas hanyut dalam kejadian fenomena ombak besar di Kampung Telaga Papan dekat sini, hari ini.

Jamaluddin Mohamad, 57, berkata, dia mengetahui insiden itu setelah dimaklumkan oleh adiknya, Khairul Hassan Mohamad, 54, sebelum bergegas ke lokasi kejadian
kira-kira pukul 7 pagi

“Bot-bot ini diikat di jeti di Sungai Telaga Papan tetapi air besar malam tadi menyebabkan mengabang di antara sungai dan laut pecah sehingga kesemua bot-bot ini hanyut ke pantai.

“Ketika saya sampai di pantai, bot-bot kami ini bergelimpangan dan ada yang karam akibat berlanggar dengan benting pasir,” katanya ketika ditemui di Pantai Telaga Papan di sini, petang tadi.

Katanya, kejadian itu melibatkan lapan buah bot nelayan dan kira-kira 15 buah bot gentian kaca milik nelayan di kawasan pantai tersebut termasuk miliknya.

Tambahnya, ekoran itu dia dan pemilik bot yang terlibat mengambil kata sepakat untuk mengumpul dana dan menyewa tujuh jentera termasuk jentolak bagi proses membawa naik ke semua bot tersebut.

“Kami mengambil masa lebih 10 jam untuk membawa naik ke semua bot-bot ini dan ada beberapa bot turut hilang dan gagal dijumpai dipercayai telah hanyut.

“Saya juga terpaksa menanggung kerugian yang besar selain turut kehilangan sumber pendapatan ekoran kerosakan tiga buah bot yang dibeli sejak lebih 10 tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Khairul Hassan pula berkata pembaikian bot tersebut mungkin mengambil masa hampir setahun apabila melihat kerosakan yang dialami.

“Impak kejadian ini bukan hanya struktur bot sahaja yang rosak malah enjinnya bot turut rosak, yang mana kos pembaikiannya agak tinggi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya