Banjir termenung jejas 200 keluarga

Banjir termenung jejas 200 keluarga

PENDUDUK mengharungi air untuk pulang melihat rumah yang masih dilanda banjir di sekitar Gunung Keriang, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kira-kira 200 keluarga di sekitar Gunung Keriang, di sini belum dapat menghela nafas lega ekoran rumah mereka masih digenangi air berbanding kawasan lain yang mulai surut dalam kejadian banjir hampir seminggu lepas.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kawasan tersebut yang merangkumi lima buah kampung iaitu Kampung Gunung Hilir, Kampung Pekan Nat, Kampung Kepala Bukit, Kampung Hulu dan Kampung Parit terus dinaiki air sehingga 0.5 meter.

Menurut salah seorang penduduk, Mahadi Mat Akhir, 58, banjir termenung di situ berkemungkinan berlarutan sehingga dua minggu yang dianggap kedua terburuk selepas menghadapinya pada 2010.

“Di sini sudah empat kali berlaku banjir buruk iaitu 1988, 2005, 2010 dan 2024. Tahun ini kedua terburuk selepas 2010. Seperti selalu air akan termenung antara 10 hari hingga dua minggu.

“Jadi, kami belum dapat balik rumah kerana air masih paras paha. Isteri dan anak-anak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya ketika ditemui semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya