As Safa sedia inisiatif tidak membebankan - Utusan Malaysia

As Safa sedia inisiatif tidak membebankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :Memperkukuhkan jenama sebagai peneraju dalam perkhidmatan perjalanan Umrah dan Haji di Malaysia, As Safa Travel & Tours tampil dengan inisiatif baharu menerusi Pakej Umrah Ekonomi 2025, Pakej Premium dan Badal Haji.

Pengarah Eksekutifnya, Ustaz Mad Roslan Mohammad Jaafar berkata, pihaknya mahu menjadi pemudahcara untuk umat Islam di Malaysia menunaikan umrah menerusi inisiatif tersebut yang tidak membebankan di mana perbezaannya daripada bilangan hari, jarak hotel dan penerbangan.

Jelasnya, Badal Haji hanya terhad kepada 50 orang mengikut kapasiti petugas yang berada di Tanah Suci Mekah.

“Menerusi inisiatif ini, jemaah dapat menikmati kemudahan dan keselesaan di mana hotel berjarak dekat dengan masjid. Malah kami sediakan perkhidmatan tren secara percuma.

“Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang, namun apa yang ditawarkan, itulah yang akan dinikmati jemaah apabila menunaikan umrah nanti.

“Selain Badal Haji, kami juga sediakan perkhidmatan Badal Umrah buat mereka yang mahu menunaikan ibadah umrah buat keluarga yang telah meninggal dunia,” katanya.

Menegaskan bahawa hukum umrah adalah diwajibkan ke atas setiap Muslim yang berkemampuan dan memenuhi syarat-syaratnya, kata Ustaz Md Roslan lagi, haji dan umrah merupakan satu pengorbanan yang dituntut.

“Kita semua bakal tetamu Allah dan Allah menjemput seluruh manusia yang masih hidup untuk ke Mekah. Umrah hukumnya wajib dan semua dituntut untuk menunaikannya. Saya menekankan kepentingannya kepada semua atas dasar amanah.

“Malah mereka yang telah meninggal dunia dan tidak sempat untuk menunaikan umrah, waris wajib tunaikan badal umrah dan haji andai berkemampuan,” katanya lagi.

Memegang prinsip ‘Pergi Selamat, Pulang Selamat’, As Safa menumpukan kepada memastikan pengalaman perjalanan pelanggan dipenuhi dengan keselesaan, keselamatan, dan ketenangan rohani.

Dalam pada itu, Ustaz Md Roslan turut berkongsi pengalamannya menguruskan perjalanan haji dan umrah lebih 30 tahun.

Malah beliau turut menerima panggilan ke Tanah Suci lebih 30 kali sama ada ketika berkhidmat dengan Tabung Haji Travel mahupun syarikat-syarikat lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN