BATU PAHAT: Dihimpit kekurangan menyediakan keperluan pembelajaran tidak dijadikan alasan untuk meraih kejayaan, kerana apa yang penting adalah tekad untuk mencipta kejayaan. Bak kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya dan itulah pegangan Nur Afika Idris, 24, yang membuktikan bahawa keinginan untuk berjaya mampu dicapai. Walaupun ayahnya, Idris Maulan, 65, hanya bekerja sebagai tukang kasut di sebuah pasar raya di Simpang Renggam untuk menyara keluarga, namun anak kelima…










