ALOR SETAR: Seorang gadis membuktikan bahawa kemiskinan keluarga tidak pernah menjadi halangan kepadanya untuk bergelar penuntut cemerlang dalam pengajiannya di Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di sini. Malah bagi Fazlina Muhammad Amin Yeap, 25, dari Kota Bharu, Kelantan, ia menjadi inspirasi untuk berusaha keras sehingga mampu menerima Anugerah Sharifah Rokiah dan Anugerah Naib Canselor pada Majlis Konvokesyen Keempat AIU. Fazlina yang merupakan anak kepada pengutip sampah itu memberitahu, membesar dalam keluarga…










