KUALA LUMPUR: UMNO tidak mampu memerintah sebagai parti solo dan situasi itu akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16). Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, semua pihak perlu terima hakikat bahawa parti itu memerlukan masa untuk kukuh semula seperti yang berlaku pada Barisan Nasional (BN) sebelum 2018. “UMNO memerlukan rakan kongsi seperti sekarang iaitu bersama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan kerajaan dan seperti yang ditegaskan Presiden parti,…