Siswa kewartawanan perlu adaptasi teknologi terkini

Siswa kewartawanan perlu adaptasi teknologi terkini

ABDUL RAHMAN Mohamed (dua dari kanan) mewakili USM menerima sumbangan set televisyen dan komputer daripada Nurul Afida Kamaludin sempena Program Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa bagi Zon Utara di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Mahasiswa yang bakal menjadi wartawan perlu beradaptasi dengan teknologi terkini selain memahami dinamika sosial media berikutan kerjaya itu kini lebih kompleks seiring dengan perkembangan dunia digital.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, pada masa ini, wartawan tidak hanya bertindak sebagai penyampai maklumat tetapi pengawal kebenaran, pendidik masyarakat dan pembela suara yang tidak didengari.

“Selain melaporkan fakta mereka turut menganalisis dan memberi konteks mendalam kepada isu-isu semasa agar masyarakat dapat membuat keputusan termaklum yang mendorong dialog umum yang konstruktif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam dunia dikuasai oleh media sosial kini, mahasiswa yang bakal menjadi wartawan perlu mampu beradaptasi dengan teknologi terkini dan memahami dinamik sosial media itu sendiri,” katanya dalam ucapan sempena Program Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa bagi Zon Utara di USM, semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2024 merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Nurul Afida Kamaludin.

Lebih 500 pelajar dan pensyarah daripada tiga universiti awam menyertai Program Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa bagi Zon Utara, anjuran Sekretariat HAWANA yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan kerjasama USM melalui Pusat Pengajian Komunikasi.

Menurut Abdul Rahman, USM berperanan penting dalam mencorakkan masa depan industri kewartawanan melalui pendidikan dan latihan berkualiti.

“Melalui program-program inovatif yang ditawarkan di Pusat Pengajian Komunikasi, USM berusaha untuk membentuk mahasiswa yang tidak hanya mahir dalam aspek teknikal kewartawanan tetapi bijak membuat keputusan yang beretika,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×