KLANG: Hujan lebat luar biasa yang berlaku kelmarin dipercayai menjadi punca kepada beberapa kawasan dan jalan utama di sekitar Gombak, Damansara, Shah Alam dan Klang dilanda banjir kilat. Curahan hujan itu dikatakan pada kadar kumulatif dua atau tiga hari hujan dalam masa sama mengakibatkan paras air meningkat kira-kira 0.6 meter dan menenggelamkan jalan-jalan utama sehingga menyebabkan kesesakan trafik lebih sejam. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, pihak…










